Perjanjian ART sah, patuh Perlembagaan Persekutuan

Perjanjian ART sah, patuh Perlembagaan Persekutuan

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober tahun lalu telah melalui proses yang sah dan teliti daripada segi undang-undang termasuk semakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, semakan tersebut dilaksanakan bagi memastikan perjanjian berkenaan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan selain memperoleh kelulusan penuh daripada Jemaah Menteri sebelum dimeterai.

“Perbincangan dan kelulusan di peringkat Jemaah Menteri turut mengambil kira aspek undang-undang, kepentingan ekonomi nasional serta perlindungan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), industri strategik, dan dasar domestik seperti dasar bumiputera.

“Dengan ini, kerajaan telah memastikan kedaulatan negara dan kuasa kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi tidak terjejas,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi (PN-Tanjong Karang) yang meminta menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia mengakui bahawa terdapat dakwaan perjanjian ART yang ditandatangani itu adalah tidak sah sejak awal serta terbatal kerana bercanggah dengan Seksyen 69 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta 120. 

Mengulas lanjut, Johari turut berkata, kementerian berkaitan telah merujuk perkara berkenaan kepada AGC dan dimaklumkan bahawa dakwaan kononnya ART tidak sah dari awal atau terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau Akta 120 adalah tidak benar.

“Penjelasan lebih lanjut mengenai Perlembagaan dan Perundangan lebih sesuai untuk diberikan oleh Menteri Undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN