PEKAN: Kadar zakat fitrah 2026 di negeri ini ditetapkan pada kadar minimum RM8 seorang, meningkat berbanding RM7 pada tahun lalu, selaras dengan perkembangan semasa dan kos sara hidup rakyat. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memaklumkan, penetapan kadar baharu itu dibuat hasil kajian terperinci yang dijalankan di pasar raya terpilih di seluruh negeri, khususnya melibatkan trend pembelian beras oleh penduduk negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif Muip, Datuk…










