JPJ keluar 456 notis, sita 22 motor dalam Ops Khas Motosikal

JPJ keluar 456 notis, sita 22 motor dalam Ops Khas Motosikal

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sewaktu memeriksa kenderaan dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2026 di Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, malam tadi.-FOTO IHSAN JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 456 notis dikeluarkan dan 22 motosikal disita dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2026 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, daripada 456 notis sebanyak 419 notis dikeluarkan di mana 151 kesalahan tiada lesen memandu sah, lesen tamat tempoh (108) sepanjang operasi dilakukan.

Menurutnya, notis di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut dikeluarkan bagi 105 kes tiada insurans, manakala satu kes ubah suai motosikal turut dicatatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu sebanyak 21 notis turut dikeluarkan atas kesalahan tiada nombor pendaftaran dan lain-lain kesalahan termasuk teknikal 70 kes..

“Selain itu, sebanyak 912 kenderaan diperiksa, dengan 152 kenderaan diambil tindakan.

“Selain itu, JPJ WPKL turut mengesan 11 kenderaan yang dipandu warga asing, membabitkan dua warga Indonesia, lima Pakistan, tiga Bangladesh serta seorang Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hamidi, Ops Khas Motosikal itu bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 11.30 malam dan telah dijalankan di Plaza Tol Sentul Pasar semalam.

“Ops itu melibatkan seramai 62 anggota termasuk 53 anggota JPJ WPKL dan sembilan anggota Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini