NIBONG TEBAL : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyasarkan untuk menambah kira-kira 20 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu sepanjang tahun ini dalam usaha memastikan kebajikan golongan itu terbela sepenuhnya. Ketua Pengarahnya, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, ketika ini, terdapat sebanyak 217 PAWE di seluruh negara yang melibatkan seramai 49,000 warga emas. “Cadangan kita (JKM) ialah untuk menambah sekurang-kurangnya 20 PAWE lagi tahun ini, tetapi, ia bergantung kepada jumlah…










