PETALING JAYA: Rakyat Malaysia diajak untuk menjauhi isu berbaur hasutan dan perkauman dengan menyemai nilai saling menghormati adat dan budaya pelbagai latar belakang masyarakat sebagai asas kepada keampuhan semangat perpaduan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapan Hari Thaipusam melalui Facebook miliknya berkata, perayaan itu menjadi satu mercu tanda kepada semangat kebersamaan di kalangan masyarakat Malaysia. Katanya, ia juga menjadi bukti sikap saling hormat menghormati di kalangan masyarakat…










