KOTA KINABALU: Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Mesyuarat Kabinet Persekutuan pada 23 Februari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) baharu negeri, Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau mendengar luahan hati pemimpin tertinggi parti berkenaan perkara terbabit dalam satu mesyuarat yang diadakan, semalam. “Saya mendengar luahan daripada pimpinan parti…










