Hukum beri ucapan perayaan kaum lain

Hukum beri ucapan perayaan kaum lain

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hukum beri ucapan perayaan kaum lain

SOALAN
Apa hukumnya mengucapkan selamat hari perayaan kepada penganut agama lain sebab setakat saya tahu ucapan perayaan bukan berbentuk keagamaan boleh diucapkan kepada mereka atau rakan yang meraikannya.

Firdaus
Taiping

JAWAPAN
Ucapan kepada bukan Islam dalam bentuk toleransi dan menghormati diharuskan oleh sebahagian ulama dengan tidak meredai agama mereka.

Diam ketika azan berkumandang

SOALAN
Kenapakah kita diminta berdiri semasa azan berkemundang dalam masjid atau surau dan tidak dibenarkan bercakap?

Syamul
Sentul

JAWAPAN
Makruh bercakap ketika azan berkumandang kerana kita disunatkan untuk menjawab seperti apa yang diucapkan oleh muazzin.

Bayar zakat atau hutang dahulu?

SOALAN
Saya sudah boleh mengeluarkan duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah mencecah umur 55 tahun baru-baru ini. Adakah saya boleh bayar hutang dahulu, baru bayar zakat atau perlu bayar zakat dulu baru bayar hutang.

Ahmad Raihan
Bakal pesara

JAWAPAN
Setelah boleh mengeluarkan duit simpanan daripada KWSP dinasihatkan agar terus membayar zakat tanpa melihat kepada hutang iaitu sebanyak 2.5 peratus dan kemudian bayar segala hutang.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN