TAWAU: Hospital Tawau berjaya melaksanakan prosedur pembedahan otak dalam keadaan sedar (awake craniotomy) yang pertama di Pantai Timur Sabah. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, kejayaan itu membuktikan kemampuan dan kesiapsiagaan kepakaran tempatan dalam mengendalikan kes berisiko tinggi tanpa perlu bergantung kepada hospital luar daerah. Beliau yang bertindak sebagai pemerhati pembedahan itu berkata, prosedur berkenaan diketuai pakar bedah saraf dengan sokongan pasukan anestesiologi dan…










