Gempa Sabah: Tiada laporan kerosakan infrastruktur awam

Gempa Sabah: Tiada laporan kerosakan infrastruktur awam

ALEXANDER Nanta Linggi ketika sidang media selepas melancarkan Pelan Tindakan Pembinaan 2026 - 2030 (CAP30) di Bangunan CIDB. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang laporan kerosakan melibatkan aset di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) termasuk jalan raya susulan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang melanda Sabah, kelmarin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya sentiasa memantau sebarang kejadian gempa bumi bagi memastikan keselamatan infrastruktur awam berada pada tahap terkawal.

“Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, tiada laporan berkaitan aset di bawah KKR seperti jalan dan sebagainya yang rosak akibat gempa bumi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sentiasa memantau sebarang kejadian gempa bumi yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Construction Action Plan 2026-2030 (CAP30) di CIDB 520 The MET Corporate Towers, hari ini.

Selain pemantauan berterusan, Nanta Linggi berkata, Malaysia telah mengadaptasi piawaian reka bentuk struktur tahan gempa bertaraf antarabangsa bagi memastikan bangunan di negara ini lebih berdaya tahan terhadap kesan gegaran bumi.

“Malaysia mengguna pakai Lampiran Kebangsaan Malaysia kepada Eurokod 8 (MS EN 1998-1:2015) yang meliputi reka bentuk struktur bagi ketahanan terhadap gempa bumi. Piawaian ini dilaksanakan pada penghujung 2017.

“Piawaian tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) melalui pindaan yang diwartakan pada 31 Disember 2021, sekali gus menjadikan reka bentuk seismik sebagai keperluan mandatori bagi struktur baharu yang berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini