KUALA LUMPUR: Tiada sebarang laporan kerosakan melibatkan aset di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) termasuk jalan raya susulan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 yang melanda Sabah, kelmarin. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya sentiasa memantau sebarang kejadian gempa bumi bagi memastikan keselamatan infrastruktur awam berada pada tahap terkawal. “Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, tiada laporan berkaitan aset di bawah KKR seperti jalan…










