MELAKA: Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang anggota polis dalam kejadian di Taman Melaka Raya, di sini dua minggu lalu. Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleimen Nurul mengenakan denda itu terhadap Yeo Khen Toon, 50, selepas tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan terhadap seorang anggota…










