KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukan dengan mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) di negeri ini. Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman. “Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2018 dan 2020.…










