DBKL lancar portal pusat sehenti, tingkat ketelusan pembangunan bandar

DBKL lancar portal pusat sehenti, tingkat ketelusan pembangunan bandar

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (Tengah) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud(Kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang baharu, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain Ketua(Kanan) dalam sesi sidang akhbar Akses Awam Sistem OSC 3.0 Plus Online di Menara DBKL, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkasakan ketelusan pembangunan bandar melalui pelancaran sistem portal One Stop Centre (OSC).

Melalui pusat tersebut, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan pembangunan di kawasan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, OSC merupakan inisiatif DBKL bagi menjamin ketelusan dan tanggungjawab dalam proses perancangan bandar di ibu negara.

Beliau berkata, langkah itu untuk DBKL bergerak seiring dengan bandar maju dunia lain yang menjadikan perancangan bandar perlu dikongsi dengan masyarakat.

“ Hanya maklumat perancangan yang tidak bersifat sulit dan relevan akan dipaparkan kepada awam manakala maklumat persendirian dan sulit seperti pelan bangunan terperinci serta dokumen yang membentuk hak pemilik tanah tetap dilindungi,” katanya dalam sidang akhbar di Menara DBKL di sini, hari ini.

Turut Hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang baharu, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.

Hannah berkata, DBKL juga menyasarkan untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap proses perancangan dan pembangunan di samping memastikan semua aktiviti pembangunan dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan serta bertanggungjawab.

“Pendekatan keterbukaan dalam perancangan bandar ini sudah lama menjadi amalan piawaian negara-negara maju membolehkan akses kepada maklumat asas perancangan diiktiraf sebagai hak awam dan bukannya maklumat yang perlu dirahsiakan.

“Reformasi ini sudah sekian lama diperjuangkan oleh Ahli Parlimen, gabungan pertubuhan masyarakat sivil dan persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan hari ini ia direalisasikan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN