Dadah: Tuan rumah boleh didakwa jika terbukti subahat

Dadah: Tuan rumah boleh didakwa jika terbukti subahat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik rumah sewa tidak boleh didakwa sekiranya premis milik mereka disalahgunakan oleh penyewa untuk aktiviti sindiket dadah jika tiada bukti terdapatnya unsur pengetahuan, niat atau subahat di pihak pemilik.

Pengerusi Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan (NHRA), P. K Pra­kash berkata, pemilik premis hanya boleh didakwa sekiranya pihak pendakwa raya berjaya membuktikan bahawa pemilik mengetahui, mem­benarkan atau secara sengaja menyewakan kediaman tersebut bagi tujuan aktiviti dadah.

“Pemilik premis atau pemberi sewa rumah hanya boleh didakwa sekiranya didapati bersubahat, bersengkongkol, terlibat atau dengan sengaja membenarkan premis digunakan untuk aktiviti dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Prakash berkata, pemilik juga tidak secara automatik bersalah sekiranya penyewa terlibat dengan sindiket dadah tanpa pengetahuan pemilik namun ia bergantung kepada unsur pe­ngetahuan dan niat.

Beliau menyarankan pemilik premis mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan implikasi undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya premis disalahgunakan.

“Saringan penyewa perlu dibuat dengan men­dapatkan salinan kad pengenalan penyewa atau dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengelakkan penyewaan secara lisan antara dua pihak.

“Satu perjanjian sewaan bertulis wajib me­ngandungi klausa lara­ngan aktiviti haram serta hak menamatkan sewaan jika berlaku pelanggaran bagi melindungi pemilik dan memastikan pasaran sewaan lebih bertanggungjawab,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Sewaan Kediaman dijangka dibentangkan di Parlimen.

Prakash berkata, penggubalan akta khusus itu merupakan langkah penting menangani kekosongan dan ketidakpastian undang-undang yang sekian lama membelenggu pasaran sewaan kediaman di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN