Caprice terkejut Rafizi teruskan saman - Utusan Malaysia

Caprice terkejut Rafizi teruskan saman

CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Ariz Ramli atau Caprice me­ngakui tidak menyangka bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli akan meneruskan saman terhadapnya, susulan persoalan yang dibangkitkannya sebelum ini.

Ketika dihubungi Mingguan Malaysia, Caprice berkata, dia terkejut apabila persoalan yang dikemukakan dilihat sebagai satu tuduhan bahawa Mohd. Rafizi terlibat de­ngan rasuah.

Katanya, soalan yang diajukan kepada Mohd. Rafizi adalah lebih kepada isu konflik kepentingan atau conflict of interest berdasarkan penglibatan seorang ahli perniagaan yang didakwa mempunyai pegangan saham dalam Invoke Solutions Sdn. Bhd.

“Soalan Cap, adalah tentang conflict of interest disebabkan ahli perniagaan itu pernah bersama Mohd. Rafizi dalam syarikat Invoke Solutions dulu. Bagi Cap, itu soalan yang wajar ditanya.

“Saya pun terkejut sebab tidak sangka persoalan yang diajukan boleh diputar (twist) menjadi satu tuduhan kononnya dia terlibat dengan rasuah. Dalam hal ini, saya juga telah mendapatkan nasihat daripada pakar perundangan,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Rafizi menyatakan akan meneruskan saman terhadap Caprice kerana tuduhan mempunyai kepentingan manfaat dalam Invoke Solutions Sdn. Bhd.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pertanyaan yang berbentuk tuduhan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan tindakan undang-undang di bawah undang-undang fitnah.

“Sebaliknya, elemen seperti innuendo dan sindiran tersirat juga boleh diambil kira oleh mahkamah dalam menilai sama ada sesuatu kenyataan itu fitnah atau tidak,” katanya menerusi audio siar Yang Berhenti Menteri (YBM), kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×