PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Ariz Ramli atau Caprice mengakui tidak menyangka bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli akan meneruskan saman terhadapnya, susulan persoalan yang dibangkitkannya sebelum ini. Ketika dihubungi Mingguan Malaysia, Caprice berkata, dia terkejut apabila persoalan yang dikemukakan dilihat sebagai satu tuduhan bahawa Mohd. Rafizi terlibat dengan rasuah. Katanya, soalan yang diajukan kepada Mohd. Rafizi adalah lebih kepada isu konflik kepentingan atau conflict of interest berdasarkan…










