KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pembinaan 2026–2030 (CAP30) diwujudkan bagi memastikan hala tuju dan objektif Dasar Pembinaan Negara 2021–2030 (NCP 2030) dilaksanakan secara terancang dan berfokus. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, CAP30 berperanan memperkukuh sektor pembinaan yang dipacu pihak industri dan rakan strategik dengan penyelarasan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Katanya, pelan tindakan lima tahun itu digerak berdasarkan enam matlamat utama yang disasarkan menjelang 2030. …










