KUALA LUMPUR: Lebih 14.6 juta rakyat Malaysia menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95), setakat 11 Februari lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan dalam penyasaran subsidi terbukti berkesan dan praktikal. Katanya, sistem BUDI95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa sebarang gangguan, sekali gus menunjukkan mekanisme MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik oleh…










