SUBANG JAYA: Sebarang usaha antagonis termasuk budaya boikot yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama perlu ditolak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Katanya, kerajaan sebagai pentadbiran yang rasional tidak menyokong sebarang usaha bersifat memecah-belahkan rakyat khususnya dalam urusan perniagaan dan ekonomi. “Saya tidak fikir perlu ada usaha-usaha antagonis kerana perkara itu tidak baik. Satu…










