KOTA TINGGI: Sebuah bot persiaran milik Thailand yang dilaporkan sedang berlayar menuju ke Singapura karam di perairan Tanjung Sedili, dekat sini kelmarin. Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 9 malam memaklumkan bot tersebut mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan. Katanya, tindakan pantas operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan berjaya menyelamat lima kru bot berkenaan. “Susulan laporan diterima, aset Maritim…










