Agenda Bumiputera terima komitmen tinggi semua pihak

Agenda Bumiputera terima komitmen tinggi semua pihak

AHMAD ZAHID Hamidi menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada jelajah Road to Ramadhan bagi kawasan DUN Lenggeng di Pantai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua kementerian, jabatan dan agensi dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan komitmen tinggi untuk memperkasakan Agenda bumiputera di negara ini tanpa mengenepikan lain-lain kaum atau agama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berkata, komitmen yang sama juga telah ditunjukkan oleh semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Pelaksanaan ini tidak melingkari sebarang objektif bagi mencapai tujuan politik sebaliknya menterjemahkan komitmen yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kementerian, jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan agenda ini.

“Saya sendiri mematuhi amanat Perdana Menteri untuk memantau pencapaian dengan mewujudkan satu bahagian iaitu Bahagian Pemerkasaan Agenda Bumiputera di setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta GLC dan GLIC,” katanya kepada pemberita selepas program jelajah Road to Ramadhan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng di Pantai dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya juga melaksanakan agenda berkenaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Jalinan kerjasama itu, jelasnya, tidak bergerak secara sendirian sebaliknya menjalin kerjasama dengan beberapa jabatan dan agensi yang lain.

“Mara umpamanya bersama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menterjemahkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) mulai 2025 hingga 2035. Sebanyak 132 inisiatif telah digariskan di bawah PuTERA 25 sepanjang 10 tahun,” ujarnya.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember lalu, pelan itu telah mencatatkan pencapaian membanggakan iaitu pada tahap 44.5 peratus dengan tempoh masa sehingga 9 tahun lagi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN