PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana isu pegangan saham melibatkan Azam bukan perkara baharu selepas beliau sebelum ini turut dikatakan mempunyai pemilikan saham Gets Global Berhad (dahulunya KBES Berhad) pada 30 April 2015 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM772,000.…










