'Belia perlu tingkatkan kualiti, jadi ejen penyatuan rakyat'

‘Belia perlu tingkatkan kualiti, jadi ejen penyatuan rakyat’

DR. Mohammed Taufiq (berdiri, tengah) ketika merasmikan Program Santuni Pertubuhan Belia (SPB) Peringkat Kebangsaan 2026 dan Majlis Peluncuran Sejati Madani X Belia di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Golongan belia digesa agar meningkatkan kualiti mereka dan menjadi ejen penyatuan untuk rakyat, sekali gus membawa keharmonian kepada negara pada masa hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, pada masa yang sama, mereka seharusnya menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan retorik sempit yang cuba memecahbelahkan kaum, agama, bangsa dan sebagainya.

“Nak jadi ejen ‘batu api’, ejen yang memecah-belahkan antara satu kaum dengan satu kaum yang lain, ejen yang cuba memporak-perandakan negara kita, itu bukan belia yang berkualiti. Kita tidak mahukan belia seperti itu dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Program Santuni Pertubuhan Belia (SPB) Peringkat Kebangsaan 2026 dan Majlis Peluncuran Sejati Madani X Belia di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Dr. Mohammed Taufiq turut mengumumkan perluasan Geran Program Sejahtera Komuniti MADANI bagi Persatuan Belia atau Sejati Madani X Belia yang menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 serta menyasarkan sebanyak 2,500 pertubuhan belia untuk menerima geran berkenaan.

Sementara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga 30 Januari lalu, sebanyak 8,087 pertubuhan belia melibatkan 588,177 orang ahli telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Katanya, statistik itu jelas menunjukkan bahawa pertubuhan belia terus kekal sebagai platform signifikan dalam pembinaan kepimpinan, pengukuhan jati diri serta pemupukan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN