Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia

TUN Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.

Perkara itu disahkan keluarga dalam satu kenyataan rasmi, namun butiran lanjut mengenai punca kematian belum didedahkan.

Utusan Malaysia di fahamkan solat jenazah akan diadakan di Musolla Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya, selepas waktu solat Asar, manakala pengebumian akan dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20.

Allahyarham dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan menengah di St. Xavier’s Institution sebelum memperoleh ijazah perundangan dari Universiti Singapura pada 1969.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman sebagai majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak, serta menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000, dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003, sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN