ALOR GAJAH: Bekalan air untuk kegunaan industri dan domestik di Melaka mencukupi untuk tempoh enam bulan berikutan cuaca panas yang melanda seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, paras air di Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan tidak membimbangkan. Katanya, paras air di Empangan Durian Tunggal mencapai 78 peratus, Empangan Jus sebanyak 73 peratus dan Empangan Asahan…










