AJK Bersatu Bagan Serai letak jawatan, keluar parti - Utusan Malaysia

AJK Bersatu Bagan Serai letak jawatan, keluar parti

AJK Bersatu Bahagian Bagan Serai yang mengisytihar keluar parti semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Bagan Serai mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta semalam.

Ketua Bahagian, Ismail Ali berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat khas bahagian diadakan setelah pihaknya hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setelah mengadakan mesyuarat khas bahagian pada hari ini, (semalam) kami sebulat suara bersetuju meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

“Tindakan ini dilakukan atas faktor kami telah hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden,” katanya dalam satu kenyataan bersama barisan kepimpinan bahagian tersebut .

Turut hadir, Naib Ketua Bahagian Muhamad Hisham Mansor dan barisan kepimpinan utama dan 10 AJK yang dipilih serta empat AJK yang dilantik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN