PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai penjenamaan semula gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, Naib Presiden Pas itu dijangka berdepan cabaran sistemik untuk memecahkan sokongan berasaskan kaum yang membentuk pola pengundian negara. Katanya, imej teknokrat sederhana yang dibawa Ahmad Samsuri memberi ruang kepada usaha…










