Ahli Parlimen PN desak Azam Baki letak jawatan

Ahli Parlimen PN desak Azam Baki letak jawatan

MAS Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk meletakkan jawatan susulan isu pemilikan saham dalam sebuah syarikat yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, beliau juga kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu.

“Saya amat terkejut apabila Perdana Menteri (PM) mengeluarkan kenyataan ‘oh dia buat kerja jadi tak perlu (disiasat)’,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mas Ermieyati turut mempertikaikan kenyataan Azam yang mendakwa sudah menjual pegangan saham itu pada Julai, tahun lalu.

“Maksudnya sebelum itu memang saham tersebut berada dalam pegangan dia walaupun tempohnya tidak lama.

“Jadi persoalannya, adakah itu tidak menimbulkan isu? Terlalu banyak perkara yang meragukan dan semua ini perlu dijawab secara tuntas oleh Azam Baki,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, berkata, Anwar perlu membuktikan tindakannya untuk membanteras rasuah tanpa mengira latar belakang individu yang terlibat.

Beliau malah menyarankan Azam direhatkan sementara menunggu siasatan penuh dijalankan kerana dakwaan itu melibatkan hierarki yang besar dalam badan penguat kuasa di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN