PETALING JAYA: Sebanyak 85 peratus daripada kes tuberkulosis (tibi) yang dilaporkan di negara ini membabitkan rakyat tempatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hanya 15 peratus kes penyakit tersebut melibatkan warga asing. Katanya, persepsi yang mengaitkan penularan tibi dengan kemasukan warga asing adalah tidak tepat berdasarkan data Kementerian Kesihatan menunjukkan kes dalam kalangan warga tempatan lebih tinggi ketika ini. “Ini bermakna risiko penularan dalam komuniti kita adalah nyata…










