PETALING JAYA: Sebuah kilang perabot di Jalan 20/1, Sea Park di sini terbakar dan operasi pemadaman masih giat dijalankan pasukan bomba. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kebakaran diterima pada pukul 1.22 petang tadi dan pihaknya tiba ke lokasi enam minit kemudian. Katanya, seramai 34 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi memadam kebakaran kilang berkeluasan…









