3,000 pek bubur lambuk diagih kepada rider, warga Putrajaya

3,000 pek bubur lambuk diagih kepada rider, warga Putrajaya

PROGRAM agihan bubur lambuk kepada warga Putrajaya dan kepada golongan penghantar makanan menerusi konsep pandu lalu sempena sambutan bulan Ramadan 2026 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga Putrajaya menerusi konsep pandu lalu sempena sambutan bulan Ramadan 2026.

Pengagihan itu turut memberi tumpuan kepada golongan penghantar makanan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi gig di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pulse Group, Abd. Rahim Md. Junoh berkata, penghargaan khas kepada golongan ‘rider’ dizahirkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan mereka sebagai barisan hadapan ekonomi gig, selain menyemai nilai keprihatinan dan perkongsian rezeki sempena Ramadan.

“Ia membawa mesej keprihatinan, perkongsian rezeki serta semangat kebersamaan yang selari dengan nilai murni bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, bubur lambuk yang diagihkan disediakan menggunakan resipi khas hasil sentuhan cef berpengalaman daripada Pulse Catering Services.

“Resipi tersendiri yang kaya dengan rempah ratus serta keseimbangan rasa tradisional menjadi antara tarikan utama dan sentiasa dinantikan warga Putrajaya setiap Ramadan.

“Sebanyak lima periuk besar bubur lambuk dimasak bagi memenuhi agihan tahun ini dengan penglibatan dua cef berpengalaman serta lebih 50 kakitangan dapur dan syarikat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN