JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk menurunkan 12 akaun TikTok serta laman web yang didapati mempromosi Bantuan Kasih Johor (BKJ) secara tidak sah. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, tindakan tersebut diambil susulan laporan polis diterima Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, Jumaat lalu. Katanya, antara 12 akaun tersebut, empat daripadanya didapati memalsukan wajah dan suara Khairin-Nisa menggunakan teknologi Kecerdasan…










