1 juta kenderaan masuk Kelantan sempena cuti Tahun Baharu Cina, awal Ramadan

1 juta kenderaan masuk Kelantan sempena cuti Tahun Baharu Cina, awal Ramadan

MOHD. Yusoff Mamat (dua kiri) semasa pemakaian pangkat kepada anggotanya semasa Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dianggarkan hampir 1 juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena cuti Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan yang disambut serentak pada tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata cuti umum itu memberi ruang kepada anak-anak Kelantan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Sambutan awal Ramadan sudah sinonim dengan penduduk di negeri ini, khususnya anak-anak Kelantan yang bekerja di perantauan, di mana mereka pulang untuk menyambut awal Ramadan.

“Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan untuk berpuasa bersama keluarga di kampung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu bahawa pihaknya akan menempatkan lebih ramai anggota bagi melancarkan aliran trafik sepanjang tempoh tersebut, sekali gus memberikan kemudahan kepada anak-anak perantau.

Katanya, kawasan titik panas yang sering berlaku kemalangan turut diberikan perhatian bagi memastikan kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

“Ops Selamat akan dilancarkan bermula 15 hingga 20 Februari bagi memastikan aliran trafik di negeri ini berjalan lancar,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN