PETALING JAYA: Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena mengandungi e-waste atau sisa elektronik telah diseludup masuk melalui pelabuhan utama negara. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, syarikat yang terlibat dipercayai dimiliki oleh warga asing dan mereka mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas untuk diproses bagi tujuan kitar semula. Katanya, pihaknya justeru itu akan memperhebatkan siasatan terhadap premis-premis yang terlibat dalam pengimportan…










