Tyka Zatyka 'dihantui' semasa rakaman Rahsia Abhasa - Utusan Malaysia

Tyka Zatyka ‘dihantui’ semasa rakaman Rahsia Abhasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tyka Zatyka, 31, berdepan gangguan mistik ketika merakamkan lagu runut bunyi (OST) filem terbaharu Metrowealth, Pemuja berjudul Rahsia Abhasa.

Penyanyi berusia 31 tahun itu memaklumkan konsentasinya terganggu gara-gara bisikan makhluk halus semasa rakaman lagu berkenaan sekitar awal pagi.

“Rakaman dilakukan sekitar pukul 1 pagi. Ketika muzik dimatikan, suasana studio bertukar senyap dan ketika itulah, saya, yang berseorangan dalam bilik rakaman mendengar suara halus tersebut.

“Saya ibarat menurut arahan bisikan itu sebelum bertindak meminta komposer merakam semula nyanyian saya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, bekas peserta Bintang Klasik RTM 3, Juara dan D’Academy Asia Musim Keempa tidak menafikan terdapat unsur mistik dalam susunan muzik Rahsia Abhasa yang dalam masa sama membawa maksud sesuatu yang boleh dirasai, didengari tetapi tidak dapat dilihat.

Sementara itu, komposer lagu tersebut, Chery Amry juga mengakui mengalami gangguan aneh ketika melakukan proses suntingan lagu berkenaan di kediamannya, baru-baru ini.

“Bekalan elektrik tiba-tiba terputus, bunyi guli dan kaca yang dihempas ke lantai kedengaran di bahagian dapur. Apabila elektrik kembali pulih, tiada apa-apa yang berlaku di dapur,”katanya.

Menceritakan mengenai penghasilan lagu tersebut, Chery Amry menjelaskan dia sering membuat bunyi dengung (humming) sehingga timbul idea untuk membuat humming dalam bentuk Jawa ( Sundal Bolong).

“Saya terus menghubungi Tyka dan memberitahu tentang ilham itu, pada mulanya Tyka menyatakan humming itu susah untuk dilakukan namun setelah dipujuk dan diberi tunjuk ajar, dia berjaya melakukannya dengan baik,”katanya.

Filem Pemuja yang dibintangi Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida dan Namron bakal menemui penonton pada 22 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN