KUALA LUMPUR: Tuntutan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap Pulau Pinang adalah tidak sah daripada segi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai negeri berdaulat sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan kedudukannya diperkukuh melalui Perjanjian Malaysia 1963. “Pulau Pinang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan tuntutan sejarah prakemerdekaan,” katanya ketika membahaskan titah Yang…










