SEPANG: Tiga individu yang disyaki sebahagian daripada kumpulan ‘Kapten Praba’ tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang, di sini hari ini bagi menghadapi prosiding mahkamah. Kesemua suspek dibawa dengan kawalan ketat polis sebelum tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 2.35 petang tadi. Ketibaan mereka diiringi beberapa kenderaan pegawai polis dan kenderaan rasmi polis berserta sebuah van polis. Difahamkan, tiga individu tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini…










