PETALING JAYA: Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada warganegara Malaysia dilaporkan terkesan susulan kejadian tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia yang berlaku semalam. Wisma Putra memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Republik Indonesia. Katanya, keselamatan warganegara Malaysia di kawasan terjejas sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap insiden bencana di luar negara. “Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapat…










