Kira-kira 20 kubur rosak, tanah runtuh di Sandakan Sabah

Kira-kira 20 kubur rosak, tanah runtuh di Sandakan Sabah

KEADAAN sebahagian kubur yang rosak akibat kejadian tanah runtuh di Tanah Perkuburan Sim-Sim, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Kira-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Sim-Sim di sini, rosak selepas cerun di kawasan berkenaan runtuh dalam kejadian awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 pagi.

Beliau berkata, runtuhan dipercayai berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam yang menyebabkan struktur tanah di kawasan cerun menjadi tidak stabil.

“Hasil pemantauan awal mendapati runtuhan membabitkan kawasan cerun di tanah perkuburan berkenaan.

“Bagaimanapun, laluan jalan raya berhampiran tidak terjejas kerana jarak runtuhan dianggarkan kira-kira 12 meter daripada laluan utama,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata, pemantauan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kawasan sekitar kekal selamat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan terutama ketika hujan berterusan berikutan risiko runtuhan susulan.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menjalankan pemantauan di beberapa kawasan yang berisiko banjir susulan hujan berterusan.

“Setakat pemantauan yang dijalankan bermula jam 2 pagi tadi, kebanyakan kawasan masih dalam keadaan terkawal dan tiada penempatan dilaporkan terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN