Tekak rasa gatal tiap kali nyanyi, doktor kata tiada masalah serius - Mark Adam - Utusan Malaysia

Tekak rasa gatal tiap kali nyanyi, doktor kata tiada masalah serius – Mark Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Mark Adam, bergelut dengan masalah kesihatan iaitu batuk tidak berhenti semasa tampil di pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), baru-baru ini.

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 46, mengakui, serangan batuk dan demam sejak minggu lalu semakin melarat sehingga mengganggunya menyanyikan lagu nada tinggi.

“Sebenarnya sejak minggu lepas lagi saya sudah sakit batuk dan demam. Keadaan itu menjadi semakin teruk pada minggu ini.

“Ketika sesi latihan, setiap kali saya cuba menyanyikan bahagian nada tinggi, saya akan batuk.

“Jadi, di atas pentas, saya cuba sedaya upaya untuk menahannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, penyanyi lagu Pencuri itu memberitahu bahawa masalah batuk yang dialaminya agak sukar untuk pulih disebabkan sejarah kesihatannya yang menghidap penyakit asma sejak kecil.

Ujar Mark, beliau telah pun mendapatkan rawatan di klinik dan kini bergantung kepada ubat-ubatan untuk memastikan kecergasannya kembali ke tahap optimum menjelang minggu hadapan.

“Doktor ada periksa tekak dan katanya tiada masalah serius, cuma saya rasa gatal setiap kali menyanyi.

“Matlamat utama saya sekarang adalah untuk pastikan batuk ini hilang sebelum minggu depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN