Sweet Qismina enggan campuri perbalahan Puteri Balqis, Mia Sara - Utusan Malaysia

Sweet Qismina enggan campuri perbalahan Puteri Balqis, Mia Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sweet Qismina, 28, menegaskan enggan mencampuri perbalahan berlaku antara pelakon, Puteri Balqis dan Mia Sara.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi berkata, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan konflik yang tercetus antara kedua-dua pelakon itu justeru enggan mengulas terlalu panjang mengenainya.

“Hubungan saya dengan kedua pelakon itu, baik dan kami pernah bekerjasama. Saya sayangkan mereka.

“Saya cuma mahu doakan yang terbaik untuk mereka, berharap Allah mudahkan urusan mereka sebab dugaan yang mereka lalui terlalu banyak.

“Saya juga berharap yang terbaik untuk mereka dalam industri seni sebab mereka ini pelapis masa depan,” katanya yang ditemui sempena majlis Pesta Raya TVS, semalam.

Terdahulu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz menerusi hantaran di media sosial memuji kebaikan Sweet Qismina yang memberi semangat kepada anaknya menerusi mesej di Instagram.

Sweet mengakui terkejut apabila namanya dipetik sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Saya memang tak jangka nama dipetik. Kata-kata semangat yang saya kongsikan kepada Puteri Balqis adalah atas dasar seorang kakak kepada seseorang yang saya anggap seperti adik sendiri.

“Kami pun selalu berhubung, berbalas komen di media sosial. Malah kata-kata semangat itu saya kongsikan kepadanya satu hari sebelum kontroversi ini berlaku.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya tak mengiyakan atau menidakkan kenyataan mana-mana pihak.

“Saya cuma mahu mendoakan yang terbaik untuk mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN