Suri rumah, penganggur tak mengaku salah cubaan bunuh - Utusan Malaysia

Suri rumah, penganggur tak mengaku salah cubaan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah dan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cubaan membunuh suami wanita tersebut bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh, N. Egavalli, 46, dan rakan lelakinya, R. Kamala Sarna, 39, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama melakukan cubaan membunuh ke atas G. Kumaresan, 48, dengan cara menutup muka dengan menggunakan sebiji bantal yang boleh menyebabkan kematian kepadanya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan EJ 9/6, Taman Ehsan, di sini pada pukul 9.30 malam, 22 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

Hakim membenarkan jaminan RM20,000 terhadap setiap tertuduh dengan dua penjamin, menyerahkan passport kepada mahkamah, memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan melarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN