KULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah stesen minyak di sini atas kesalahan dibawah Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan itu susulan siasatan dibuat mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan pengawal bekalan berhubung larangan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing. Katanya, rakaman kamera litar tertutup…










