BUKIT MERTAJAM : Seramai 33 individu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sepanjang tahun lepas bagi membantu siasatan berhubung kes-kes rasuah yang berlaku di negeri ini. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy, penahanan itu dibuat susulan penerimaan sebanyak 282 maklumat meliputi pelbagai aduan rasuah yang dilaporkan kepada mereka. Beliau berkata, sepanjang 2025 juga, sebanyak 61 kertas siasatan telah dibuka dengan 28 daripadanya diteruskan sebagai kertas…










