SPRM kesan aset milik Abu Sahid di luar negara

SPRM kesan aset milik Abu Sahid di luar negara

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan aset berkaitan pengarah Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed di luar negara dianggarkan bernilai lebih jutaan ringgit berhubung siasatan kes projek Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi luar negara terutama dari United Kingdom (UK) untuk mendapatkan kembali aset berkenaan, yang dijangka membabitkan jumlah lebih besar.

“Banyak proses yang perlu kita patuhi di bawah bantuan perundangan bersama antara negara, yang mana ini membabitkan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pihak kami sudah menyediakan draf kepada AGC bagi memohon maklumat daripada pihak luar negara, terutama sekali daripada The International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) dari UK,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azam berkata, setakat ini maklumat yang diterima menunjukkan United Kingdom sebagai bidang kuasa asing utama yang terlibat.

Menurutnya, Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad merupakan saksi dalam kes berkenaan dan bukan suspek.

“Saya telah jelaskan perkara ini sebelum ini. Adam adalah saksi. Baru-baru ini dia ada pulang ke Malaysia dan kami telah merakam keterangannya dan memberikan kerjasama yang bak. Beliau bebas untuk keluar masuk negara,” katanya. 

Azam menegaskan, siasatan MEX II masih berjalan dan melibatkan beberapa individu lain, bukan hanya Adam Radlan. 

“Siasatan ini melibatkan beberapa saksi lain, jika saya tidak silap, kira-kira 29 atau 30 individu, yang sebelum ini menerima wang daripada pihak tertuduh,” katanya.

Beliau berkata, fokus utama siasatan adalah untuk menentukan jumlah keseluruhan wang yang diagihkan.

“Berapa, bagaimana digunakan dan kepada siapa disalurka. Kami memerlukan Adam untuk membantu siasatan dengan menjelaskan bagaimana dana tersebut diagihkan kepada pihak-pihak lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN