PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan pelantikan seramai 30,000 penjawat awam tahun ini iaitu meningkat berbanding 25,000 lantikan direkodkan pada 2025. Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhammed Yunus berkata, sasaran itu mengambil kira peningkatan jangkaan permohonan baharu selain faktor persaraan dalam perkhidmatan awam. Katanya, secara asasnya jumlah lantikan penjawat awam akan meningkat setiap tahun, sebagaimana pelaksanaan pada tahun lalu yang melibatkan 25,000 lantikan bagi perkhidmatan awam persekutuan.…










