KUALA LUMPUR: Kekurangan simpanan antara faktor penangguhan menunaikan ibadah haji dengan lebih 53 peratus daripada 9.1 juta pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, perkara itu sekali gus menuntut pelaksanaan langkah simpanan lebih tersusun, sistematik dan mampan. “Purata pendeposit juga tidak membuat simpanan secara konsisten bagi persiapan haji,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan di…










