KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai serangan membabitkan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak boleh disahkan secara terbuka kerana dibimbangi menganggu proses mengesan suspek. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesahan secara terbuka di Dewan Rakyat seperti diminta oleh Rafizi tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri akan menganggu proses mengesan suspen. Malah, kata beliau, tindakan itu juga dibimbangi akan menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting berhubung serangan ke atas…










