KUALA LUMPUR: Pelakon, Maria Farida enggan melayan sebarang kecaman yang diterima di media sosial gara-gara cara berpakaian yang dianggap sebilangan pihak sebagai mencolok mata.
Kata Maria, dia memilih untuk mengabaikan komen negatif netizen dan menduhulukan kebahagiaan diri sendiri.
“Macam-macam jenis komen saya terima, banyak juga yang mengutuk dan menghentam penampilan saya.
“Sudah berpuluh tahun saya hadap situasi macam ini. Saya abaikan sahaja.
“Yang penting adalah kebahagiaan saya. Saya berpakaian bukan untuk gembirakan orang lain. Bahkan suami saya okey dengan penampilan saya.
“Kita tak akan boleh puaskan hati semua orang,” katanya.
Pemilik nama penuh Maria Farida Atienza dalam masa yang sama meluahkan rasa hairan apabila gaya berpakaiannya dikatakan seksi.
“Saya tidak merasakan yang cara berpakaian saya ini seksi, biasa sahaja. Saya betul-betul tak faham.
“Tapi saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing, asalkan mereka bahagia. Dan saya ini tak pernah kacau orang lain,” kongsinya. – UTUSAN










