PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, RUU itu antara langkah reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini. “Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai puluh tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh, dan…










